Mission News
πππππ ππ’πππ π»ππ’π Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H
26 August 2026
166 views
πππππ ππ’πππ π»ππ’π Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H
Biro Pendidikan & Sukan PERWAKILAN Tashkent dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Tashkent telah menganjurkan πππππ ππ’πππ π»ππ’π bersempena sambutan Maulidur Rasul 1448H pada 26 Ogos 2026.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan PYT Ambassador Rafedah Abd. Aziz yang menyeru agar seluruh kakitangan & pasangan yang hadir untuk bersama-sama meneladani akhlak dan keperibadian Rasulullah SAW dalam menjalani kehidupan seharian.
Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang buat kedua-dua negara, PYT Ambassador turut mendoakan agar Malaysia dan Uzbekistan akan kekal aman, harmoni dan terus membangun.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan surah Yassin yang diketuai oleh Ketua Canseri, Encik Arhan Syafrisyah Shah Anuar dan disudahi dengan bacaan doa oleh Setiausaha Ketiga, Encik Muhammad Salahuddin Idris. Di samping memanjatkan doa buat seluruh kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Tashkent; majlis turut menitipkan doa buat ibu kepada Puan Faezah Abd. Ghani, Timbalan Pengerusi PERWAKILAN Tashkent yang sedang menjalani prosedur perubatan di tanah air.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang sekali gus menjadi ruang kepada para hadirin untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim