Mission News

Malawakil Tashkent menyantuni 4 orang mahasiswa Malaysia

29 July 2026 106 views
Malawakil Tashkent menyantuni 4 orang mahasiswa Malaysia
290726 Malawakil Tashkent menyantuni 4 orang mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Korea Selatan, iaitu Muhammad Syahrul Aiman Bin Muhd Syahrudin (MARA), Mifdzal Irfan Bin Marwan (JPA), Muhammad Haziq Bin Muhamad Nur Azmin (JPA) dan Wan Amirul Harrith Bin Wan Abdul Halim (MARA). Mereka mengambil peluang sempena cuti semester dengan mengadakan kembara ke tiga negara Aisa Tengah iaitu, Uzbekistan, Kazakhstan dan Republik Kyrgyz. Kunjungan ini membolehkan perkongsian pandangan dalam pelbagai isu termasuk perkembangan bidang berkaitan ICT, kejuruteraan dan AI antara pihak Malawakil dan mahasiswa selain memaklumkan keberadaan mereka kepada Malawakil akan kembara mereka di Uzbekistan dan Republik Kyrgyz. Semoga kembara ini meluaskan lagi perspektif global serta memperkukuhkan jati diri mereka selaku generasi muda Malaysia untuk menamatkan pengajian dan menyumbang kepada pembangunan tanah air Malaysia.
Share:
Link copied to clipboard
Back