History
KONSULAT JENERAL MALAYSIA, HO CHI MINH CITY
Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City telah ditubuhkan sebagai pejabat Konsulat Malaysia pada Mac 1991 dan telah dinaikkan taraf kepada Konsulat Jeneral Malaysia pada tahun 1992.
Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sekarang ini menyewa sebuah bangunan di No. 109 Nguyen Van Huong Street, Thao Dien Ward, District 2, Ho Chi Minh City.
Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City, Vietnam ditauliahkan ke Ho Chi Minh City mengikut surat tauliah Kerajaan Vietnam. Walau bagaimanapun, kawasan konsular Konsulat Jeneral meliputi province Danang dan province-province ke selatan daripada Danang mengikut pembahagian kawasan konsular dengan Kedutaan Besar Malaysia di Hanoi.
Agensi-agensi Kerajaan Malaysia lain yang turut beroperasi di Ho Chi Minh City ialah Matrade dan Pejabat Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Jumlah keseluruhan kakitangan adalah seramai 21 orang, 8 HBS dan 13 KAT.