Skip to Content
Concurrently Accredited Missions : Lesotho, Botswana, Mozambique, Swaziland, Madagascar
MISSION INFO
Address:
High Commission of Malaysia, No.1007, Francis Baard Street (formerly known as Schoeman Street), Arcadia, Pretoria 0083
Postal Address: P.O. Box 11673 Hatfield 0028
Telephone: +27 (12) 342 5990
+27 (12) 342 5991 +27 (12) 342 5992
Fax: +27 (12) 430 7773
Email: mwpretoria[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: + 2 hrs, - 6 hrs (KL)
Working Days: Monday - Thursday:
Working Hours: 8.30 am - 4.30 pm & Friday: 8.30 am - 4.00 pm (Consular Session: 9.00 am - 12.00 noon)
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

News From Mission News From Mission

Back

SAMBUTAN HARI RAYA DI SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, PRETORIA

 

 

Pada hari Sabtu, 16 Mei 2018, TYT Mohamad Nizan Mohamad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria. Majlis yang dianjurkan telah mendapat kerjasama yang baik dari semua HBS serta keluarga dengan dibantu oleh kakitangan ambilan tempatan (KAT) yang turut hadir bersama keluarga masing-masing.

 

2.         Majlis yang bermula jam 11:30 pagi tu dihadiri oleh hampir 130 orang tetamu termasuk Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Pretoria, wakil dari Department of International Relations & Cooperation of South Africa, rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia termasuk sejumlah pelajar Malaysia seramai 55 orang dari Johannesburg dan Durban.

 

3.         Kehadiran warga Malaysia pada sambutan hari raya tahun ini amat membanggakan setelah beberapa tahun tidak diadakan majlis seumpama ini. Hampir 100 orang warganegara Malaysia termasuk keluarga yang bermastautin dan bekerja di kawasan sekitar Pretoria/Johannesburg telah hadir memeriahkan majlis. Antara hidangan yang disediakan secara gotong royong oleh HBS dan keluarga adalah satay, lemang dan rendang, nasi pulau bersama kari daging & ayam masak merah, mi kari, soto ayam dan kuih-kuih tradisional melayu dan lain-lain yang mendapat sambutan hangat dari semua para pengunjung.

 

4.         Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakkan warga Malaysia menzahirkan kegembiraan mereka dengan inisiatif MW Pretoria menganjurkan majlis seumpama ini dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan untuk terus mengeratkan lagi hubungan mesra antara rakyat Malaysia dan Perwakilan;

 

5.         Kesanggupan pelajar-pelajar Malaysia untuk datang dari Durban yang memerlukan enam (6) jam perjalanan menerusi jalan darat bagi meraikan bersama-sama sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria pada tahun ini adalah amat dihargai. Ini jelas mengambarkan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Malaysia di Afrika Selatan kepada program/aktiviti yang dianjurkan oleh Perwakilan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka.

 

 

 

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia

Pretoria

 

25 Jun 2018