Passport Renewal
Pemohon dikehendaki hadir sendiri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Islamabad setelah membuat temujanji menerusi emel di islamabad@imi.gov.my
Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan permohonan pasport Malaysia.
1. Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97 yang boleh diperolehi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Islamabad atau dimuat turun dari laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (www.imi.gov.my). Sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian.
2. Dua keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut spesifikasi ICAO).
3. Pasport Malaysia terakhir yang digunakan berserta salinan yang disahkan;
4. Salinan sah muka surat Pasport Malaysia yang mengandungi maklumat visa dan/atau makluman pendaftaran tempat tinggal;
5. Salinan sah Sijil Kelahiran;
6. Surat pengesahan dari universiti (untuk pelajar) atau majikan (bagi yang bekerja atau pasangan)
7. Salinan sah Mykad / MyKid
Nota :
Bayaran permohonan pasport baru adalah RM200.00 dalam matawang tempatan.
Sila hubungi islamabad@imi.gov.my untuk mengetahui amaun dalam PKR kerana amaun berubah mengikut kadar yanng ditetapkan oleh Akauntan Negara Malaysia.
Permohonan akan dihantar ke IbuPejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya menggunakan beg diplomatik. Proses ini dijangka mengambil masa minima 2 bulan.